Madinah Al Munawwarah – Penghayatan Terindah

Assalamualaikum ... Wahai Rasulullah SAW …
Kami datang ke kotamu, kota yang bercahaya, Madinah Al Munawwarah, tempat termulia dengan sebaik-baik kedatangan.  Madinat Al Nabi, gedung iman dan disinilah iman mampu bertahan hingga ke akhir zaman, tempat terakhir didunia yang akan diruntuhkan. 
Semoga Allah SWT menerima kebaikan amalan kami ...
 “Dengan nama Allah dan di atas agama Rasulullah.  Ya Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku ke pintu kebenaran.  Ya Allah, selawat dan rahmat ke atas Junjungan Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad.  Dan ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu-pintu rahmat Engkau padaku dan masukkanlah aku ke dalamnya, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”
Coretanku ini dimulai dengan selawat dan salam ke atas Penghulu sekelian alam.
Ketika Rasulullah SAW tiba di Yathrib (nama sebelum ditukarkan ke Madinah), Baginda Rasul menerima banyak undangan untuk tinggal di rumah penduduk disini.  Namun Baginda Rasul berkata dimana unta tunggangannya berhenti, maka disitulah tempat pilihannya.  Akhirnya unta Baginda Rasul berhenti di tempat penjemuran kurma milik anak yatim bersaudara Sahl dan Suhail bin ‘Amr.  Dengan perasaan yang amat berbesar hati mereka ingin menghadiahkan tanah ini kepada Rasulullah SAW.  Hanya setelah dibeli oleh Rasulullah SAW barulah ia dijadikan tempat tinggal dan masjid.
Masjid Nabawi terletak ditengah-tengah Kota Madinah,
yang kedua dibina oleh Rasulullah SAW selepas Masjid Quba
yang didirikan ketika dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah
Awal Masjid Nabawi dibina dengan tangannya sendiri.  Rasulullah SAW mengangkat bata, Rasulullah SAW menggali tanah, Rasulullah SAW jugalah yang membeli barang makanan dan lain-lain dipasar dan Rasulullah SAW mengangkat sendiri barang-barangnya dan tidak berkenan orang lain mengangkatnya. Baginda Rasul pernah berkata, “Yang empunya barang lebih utama mengangkatnya”.
Awalnya juga tiang masjid ini adalah daripada batang kurma, dindingnya daripada lumpur dan tanah, atapnya daripada daun kurma dan sebahagiannya dibiarkan terbuka.  Ketika Rasulullah SAW mendirikan masjid ini, solat dilakukan menghadap ke utara iaitu Masjid Al Aqsa.  Masjid ini hanya mempunyai 3 bab (pintu) iaitu di bahagian selatan, barat dan timur.
Bab (Pintu) Timur - diberi berbagai-bagai nama termasuk Bab Uthman dan Bab Rasulallah (kerana Rasulullah SAW selalu menggunakan Bab Timur) dan ia masih wujud sekarang dan dikenali sebagai Bab Jibril.
Bab Barat - pintu ini dikenali sebagai Bab Al Umar terletak dibahagian timur  diantara mihrab Rasulullah SAW dan makam.  Pintu ini ditutup ketika pertukaran arah kiblat.
Bab Utara - pintu ini dibuka oleh Rasulullah SAW sebagai pintu selatan yang ditutup bersabit pertukaran arah kiblat.
Ketika pemerintahan Khalifah Abbasaid, masjid ini telah
diperbesarkan lagi dengan tambahan 20 pintu - lapan
disebelah timur, lapan disebelah barat dan empat diutara 
Bab Saud ini digunakan untuk ke tingkat atas/bumbung
Hari ini terdapat 'Bab Al Salam' (yang selalu dicari oleh para
jemaah lelaki) yang sebenarnya nama asalnya adalah 'Bab Marwan' (kerana
ia berdekatan dengan rumah Marwan bin Hakam)
Pintu ini (Bab Al Salam) tidak termasuk dalam masjid yang dibina oleh Rasulullah SAW sebaliknya ia termasuk dalam binaan tambahan yang dibuat oleh Saidina Umar Al Khattab dan seterusnya tambahan Saidina Usman dan Al Walid hinggalah kekal ke hari ini...
Saidina Umar Al Khattab adalah orang yang pertama mengubah masjid ini iaitu pada tahun 17H, kemudian Saidina Usman 30H, Al Walid Al Malik pada 88H dan seterusnya terdapat banyak perubahan dari satu abad ke satu abad.  Sekarang Masjid Nabawi adalah masjid kedua besar didunia selepas Masjidil Haram.
Kini terdapat 6000 tempat mengambil wuduk, 2500 bilik-bilik kecil
dan lebih 500 tempat minum air zamzam
Ukuran asal masjid ini hanyalah 30 meter x 35 meter.
Tujuh tahun kemudian diperbesarkan dua kali ganda, kemudian
84 meter x 100 meter hinggalah sekarang 98,000 meter persegi
dan memuatkan 800,000 orang jemaah
Pada sembilan tahun pertama, masjid ini tiada penerangan cahaya di waktu malam.  Hanya di waktu Isya', jerami terpaksa dibakar untuk mendapatkan cahaya... 
Setiap dari kita telah sedia maklum bahawa menziarah Masjid Nabawi di  Madinah Al Munawwarah adalah sunnah dan tidak termasuk didalam Haji.  Namun adalah sangat-sangat dituntut menziarahnya.  Sabda Rasulullah SAW,
"Sesiapa yang datang menunaikan haji, tidak menziarahiku, maka dia sesungguhnya telah membenciku.  Sesiapa yang menziarahku setelah kematianku adalah serupa dengan menziarahku semasa hidupku.  Sesiapa yang menziarah kuburku, pasti ia akan memperoleh syafaat".
Masjid ini dipanggil ‘Masjid Nabi’ kerana Rasulullah SAW selalu memanggilnya 'Masjidku' tatkala menceritakan tentang masjid ini.  Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda,
"Solat di masjidku ini, lebih utama seribu kali solat dibandingkan solat di masjid lain melainkan Masjidil Haram" dan "Barangsiapa melakukan solat di masjidku sebanyak 40 rakaat tanpa luput satu kali solat pun juga, maka akan dicatat kebebasannya dari neraka, kebebasan dari siksa dan terhindarlah ia dari kemunafikan".
Sedari dulu hingga kini pembinaan, perluasan, satu demi satu dipermudahkan bagi para jemaah.  Perubahan yang terkini yang dialami oleh Masjid Nabawi adalah terbinanya payung-payung mekanik yang terdapat di kawasan perkarangan.
27 payung-payung mekanik seberat lapan tan setiap satu ini boleh
dibuka dan ditutup mengikut keadaan cuaca
Selepas solat Isya' atau solat terakhir, masjid ini ditutup untuk kerja-kerja pembersihan dan dibuka semula sebelum solat Subuh.
Junjungan Besar Nabi kita wafat dan dimakamkan di tempat
dahulunya bilik Ummul Mukminin Aisyah ra, isteri Rasulullah SAW.
Dibawah kubah hijau inilah terletaknya makam Baginda Rasul
Kemudian berturut-turut dua sahabat terdekatnya iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab yang juga dikebumikan sini.
Meskipun masjid ini mengalami perubahan demi perubahan, Kubah Hijau yang dibina pada kurun ke 12, tidak sedikit pun berubah.
Ar Raudhah an-Nabawiyah, jantung Masjid Nabawi terletak di kawasan panjangnya 22 meter dan lebarnya 15 meter.  Sabda Rasulullah SAW,
"Raudhah adalah tempat yang terletak diantara rumahku dengan mimbarku merupakan suatu taman diantara taman-taman syurga, sedang mimbarku terletak diatas kolamku"
Diriwayatkan oleh Yazeed ibn Abi 'Ubayad, beliau selalu ke masjid ini bersama Salaman ibn Al Akwa' dan beliau selalu solat di tiang Mushaf Raudhah.  Apabila ditanya kenapa beliau amat suka solat di tiang tersebut, jawabnya beliau selalu melihat Rasulullah SAW solat disini.
Ketika berkesempatan mendirikan solat sunat dan berdoa ketika berada di Ar Raudhah yang dikelilingi tiang-tiang berwarna putih, hatiku menjadi semakin sayu …   Saat itu terasa hampirnya dengan Rasulullah SAW.  Rasulullah SAW yang tidak pernah putus mengasihi umatnya, yang turut berdoa kepada Allah SWT.
Aku terkasima.  Aku kehilangan kata-kata tatkala berpeluang merenung mimbar Rasulullah SAW.  Aku bersyukur dan berkesempatan memohon, “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.  Segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Tuhan yang menguasai sekelian alam, puji-pujian yang menepati segala nikmatNya, yang sejajar dengan segala kelebihanNya.  Wahai Tuhan kami, kepada Engkaulah puji-pujian yang selayak dengan keagungan dan kebesaran serta kekuasaanMu.  Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabatnya.  Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, kedua ibubapaku, datuk nenekku dan semua kaum kerabatku, saudara maraku, orang-orang yang telah mencurahkan ilmu kepadaku seterusnya sekelian mukminin dan mukminat, juga muslimin dan muslimat, samada yang hidup atau yang telah mati, dengan limpah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”.
Kubah-kubah dan dinding-dinding masjid dihiasi dengan 70 gaya kaligrafi
seni Islam, bunga-bunga dan ayat-ayat qhasidah penyajak Arab terkenal
dari kurun ke 13 bernama Busiri
Disebalik pagar ini, bertemankan keindahan matahari terbit, terletak di bahagian
barat dan masih lagi diperkarangan Masjid Nabawi ini terdapat
'Jannatul Baqi' Al Gharqad', tempat perkuburan hampir seramai
10,000 para sahabat dan kaum keluarga Rasulullah SAW
Baqi' bermaksud ‘tanah lembut yang tidak mempunyai batu’.  Tanah jenis ini dijanjikan untuk dijadikan kubur.
Biasanya Rasulullah SAW keluar menziarah perkuburan ini diwaktu malam dan ketika Baginda Rasul menziarah tempat ini, Baginda Rasul selalu berdoa:
"Salam Sejahtera keatas kamu wahai penghuni tempat tinggal orang-orang yang beriman dan orang-orang Islam.  Semoga Allah mengasihi orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian”.
Wahai Rasulku, betapa sukarnya dayamu menerangi cahaya Islam
dan kini aku datang ketika semuanya telah indah dan mudah.
Apakah masih belum cukup aku bersyukur?
Bimbinglah aku agar sentiasa mengenang kasih sayangmu ....
Dan di kesempatan ini, aku juga berdoa, "Ya Allah, sekiranya aku diberikan keizinan dan hikmah, matikanlah aku ditanah suciMu" ... Amin Ya Rabb ...
(Penghargaan kepada Kiai KH. Ahmad Djamhuri, yang telah bermastautin di Mekah Al Mukarramah, yang membimbing dan menceritakan kisah-kisah sejarah sepanjang kami di Mekah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawarrah)

Comments

  1. Your story and picture is so beautiful. What camera do you use?

    ReplyDelete
  2. Thank you. Its only Canon Powershot A520 ... :))

    ReplyDelete
  3. Canon really deliver good picture then but I believe most importantly the person who is handling it must be good. You are good. Keep it up. I used Nikon D5000 for my DSLR but recently I acquired Olympus XZ-1, high end compact camera and I love it.

    ReplyDelete
  4. Hey.. your kind words & encouragement really made my day! Just got myself a Canon EOS550D. But I think I need to add more accessories especially for the zooming and night shots. I have so much more to learn! Glad that you love the Olympus! Am pretty sure it must be better than D5000! Maybe one day, I'll try Olympus too!

    ReplyDelete
  5. Front runner for DSLR is Canon and Nikon only. But I need a camera that is handy to carry during function or light travel and as backup camera. But the camera must be powerful enough and has manual control. I stumble this Olympus XZ-1 after reading reviews. In 2011 this model won TIPA awards for Best Expert Compact camera. For your EOS550D, get a good fast lens as well. ZX-1 f1.8 lens is great. Fantastic in low light as well. Check out http://www.dpreview.com/products/olympus/compacts/oly_xz1

    Mine is white body.

    p/s Your shot is amazing. Love the blue sky shot. Stands out. I was in Rome last year and I believe person like you will be "trigger happy" snapping great pics there.

    ReplyDelete
  6. Oh wow! Thanks so very much for the great heads up! Definitely (absolutely!!) will get the ZX-1 f1.8 for my EOS550D. The backup camera is really-really a great tip - 'peace of mind' while travelling ... :) It's great to know someone who is expert in this! Ha-ha.. only now I know they called it front runner! Hope there's more great info to share & am thanking you in advance ... :)))

    Thanks again for the compliment! Hah! now Rome has to be in my bucket list!!

    ReplyDelete
  7. ZX-1 is not a lens for DSLR. What I meant is for your Canon DSLR, get a good Canon fast lens. Worthy investment. Anyway, you are a better photographer than me. Creative and a good writter too. Wonder whether you work as an editor now or before.

    P/s Rome is rather slum but just be there for the sake of Roman history and what they have left. I just use my Google map on my Tab to take me around walking to all the great monuments, church and fountains. Colesseum view is breathtaking. Don't forget to visit Vatican City. If you have more time, do visit Venice too. I was there. Romantic.

    ReplyDelete
  8. Owhh! oh okay... see, didn't I tell you I have so much more to learn about my DSLR? ...:)) Okay, noted on the clarification. It helps a lot! Thanks!

    That must be fun & interesting! Using your Tab to get around!! Believe it or not, if you are lost, its even better! because in between you may find something that's never been told in any tourism information. For me, 'local connection' is always worthy! They are more real!

    ReplyDelete
  9. When I visit overseas I like free and easy. Not guided tour. I love thrill and explore new places as you said not in the "places to be" kind of thing. Thrill ...hemm....a heart attack kind of moment when I miss a train from Venice almost midnight then i have to buy another ticket to take a train that need to switch train in another stop in 2 minutes ! I made it ....thank god.

    ReplyDelete
  10. Great experience! he-he... should do that more often ... Take care!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dubai – Are You Thinking What I Am Thinking?

Abu Dhabi – From Tribal Society To The Standing In The Eyes Of The World!