Madinah Al Munawwarah – Antara Kisah Yang Dikasihi Mengasihi
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Madinah bagaikan ubupan tukang besi yang dapat melenyapkan orang-orang yang buruk, sebagaimana tiupan tukang besi melenyapkan kotoran besi" Inilah Madinah Al Munawarrah atau Madinat Al Nabi, kota dagangan, kota damai yang dianugerahkan berbagai keistimewaan M adinah adalah tempat yang diutamakan sebutannya didalam Kitab Suci Al Quran dan Allah SWT menjadikannya tanah haram (suci). Syaitan putus asa untuk disembah disini dan para malaikat menjaga kota ini sehingga ke hari kiamat. Diharamkan melakukan pemburuan. Diharamkan memotong, mencabut pohon atau ranting mahupun mengutip barang-barang yang keciciran. Diharamkan bersengketa atau berperang didalamnya. Diharamkan mengungkapkan bid'ah kata-kata dusta dan syirik. Diharamkan semua jenis wabak penyakit kerana ia dipindahkan ke Juhfah. Diharamkan Dajjal memasukki Madinah. Tanah Madinah sebagai penyembuh dan sesiapa sahaja yang bersabar atas segala dugaan dan cabaran akan mendapat ...